Sunday, June 12, 2011

Ceritera mana nak tumpah kuah kalau tidak ke nasi ...

masalah mak ayah sekarang menangkan anak... cikgu salah, cikgu tak betul ... cikgu mcm ni, cikgu mcm tu ..

bagi cikgu pulak ... susahnye nk ckp, lawan kang tak pro, lawan kang tak berpelajaran ... tp lelama berbulu jugak la kan ... muak, menyampah, macam bagus tapi TONG KOSONG, ting tong ting tong ...

sudahnye cikgu nk comment jugak la sikit kan ...

1. apa guna duit, apa guna jawatan, apa guna kenal menteri sana sini, kalau pemikiran di takuk lama? Ortodok! Sekolah zaman dulu dgn sekarang lain ... sekolah zaman dulu ye la segalanya dari cikgu .. bukan ade internet bukan ade jalur lebar. Zaman sekarang ILMU antara hendak dengan tidak je, ade cikgu ke, tak ada ke sama je, kalau nak belajar boleh aja ... Kalau hendak seribu daya ... kalau tak hendak jangan banyak cerita!

2. pernah ke tengok anak dalam kelas mcm mana pe'el perangai nye? bagus sangat ke anak tu sampai semua cikgu TAK SANGGUP nak ajar? Dah sembilan tahun jadi cikgu ni, baru pertama kali tgk, cikgu tak sanggup nak ajar, kalau seorang cikgu yang berbunyi, mungkin cikgu la yang bermasalah, tp kalau 2 3 cikgu yang berbunyi? ... fikir lah sendiri .. ni orang ke apa? Bunian ke?

3. kalau dah rasa diri sendiri bagus sangat, kalau rasa anak tu bagus sangat, kalau rasa semua cikgu tak bagus, kalau cikgu semua ajar benda tak sesuai, apa kata ajar sendiri? kalau kaya kenal menteri sana sini, apa kata hantar universiti swasta? KBU ke, Taylor's ke, Monash ke, Sunway ke, kata minum kopi dengan menteri kan, kata pergi luar negara sampai 3-4x setahun kan, ngalahkan PM kot ... takkan tak mampu ye tak?

Menyampah dengan orang macam ni ... cuba tengok cermin lelama sikit ... agak2 bongkak tu tahap berapa? tahap 4 ke? sbb kalau kanser, tahap 4 tu memang tunggu masa je la ... kalau bongkak tu tahap 4, tak lama ada yang kena tumbuk ke, kena ludah ke kan ... sebelum kena ludah tu bawak2 la sedar diri ye ...

Manusia tak lawa tak apa, tak hensem tak apa, budi pekerti ada untuk tutup semua tu .. tapi kalau muka dah la tak lawa, dah la tak hensem, perangai pulak longkang Ya Allah ... kesian lah cikgu rasa ... fikir2kan ye dan selamat beramal!

No comments:


Peace of Mind...