Thursday, October 29, 2009

Aku Buntu ...

Sudah lama nota ini ternoktah. Namun aku belum merasa the urgency untuk menulis, meluahkan apa yang terbuku di hati. Entah mengapa, hari ini aku begitu terpanggil untuk menulis tentang ini. Mungkin kebuntuan ini memaksa aku meluahkan. attitude noun (OPINION) /ˈæt.ɪ.tjuːd//ˈæt ̬.ɪ.tuːd/ n [C or U] a feeling or opinion about something or someone, or a way of behaving that is caused by this Attitude sering kali diterjemah sebagai sikap . definisi Cambridge Dictionary menyebut attitude sebagai suatu perasaan atau pendapat berkaitan sesuatu atau seseorang, ataupun suatu tata cara perbuatan yang disebabkan oleh pendapat atau perasaan tersebut. Namun, akhir-akhir ini, kebanyakan pelajar hari ini gagal mempamerkan sikap yang sepatutnya ada dalam diri setiap pelajar. Apabila seorang pelajar gagal, maka manusia pertama yang disalahkan secara automatik adalah guru atau guru-gurunya. Amat jarang para ibu bapa akan menuding jari pada diri sendiri, persoalan pertama yang dilontar adalah, ‘cikgu ajar apa?’ Padahal, peribahasa Cina pernah penyebut you can take the horse to the river but you can’t force it to drink. Bagaimana dan apa yang sewajarnya dilakukan oleh seorang guru kiranya, anak atau anak-anak pelajarnya tidak dapat melihat apa yang sepatutnya dilakukan sekiranya dia/mereka ingin berjaya? Yang pasti paksaan bukan lah pilihan terbaik berdasarkan kata-kata hikmat di atas dan kefahaman sains kemanusiaan yang banyak diamati. Pengalaman mengajar yang baru mencecah usia 8 tahun, sedikit sebanyak mengajar aku betapa attitude merupakan kayu ukur kejayaan seseorang itu, as a saying goes ‘it is your attitude not aptitude that determines your latitude.’ Kata-kata sebegini sepatutnya menjadi azimat tiap pelajar untuk berjaya. Namun sehingga hari ini situasi ini kelihatan amat sukar. Hanya segelintir yang berjaya mengharungi penderitaan pembebasan diri dari belenggu kebebasan dan keriangan hidup sebagai remaja. Mengimbas kehidupanku sebagai pelajar dari usia 7 sehingga 24 tahun, Alhamdulillah, aku seharusnya merasa bangga dengan diriku. Bukan angkuh dengan segenggam kejayaan yang aku kecapi, tetapi bagi aku yang tidak tergolong dalam kelompok baik dan cemerlang, di mana aku berdiri hari ini adalah suatu kejayaan peribadi yang aku secara peribadi harus merasa bangga. Aku selamat dari hanyut dalam dunia remaja yang mahukan kebebasan dalam segala segi. Bersyukur amat aku dengan kurniaan Ilahi, ibuku ... Allah maha mengetahui, anugerah itu adalah yang terindah, kerana mama adalah penjaga yang aku perlu untuk berada di mana dan menjadi apa yang aku ada hari ini. Walau bagaimanapun, bagaimana harus aku membuatkan para pelajarku merasai apa yang aku rasai. Tiap manusia adalah berbeza bak kata pepatah, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Pengalaman-pengalaman yang aku lalui mana mungkin bisa menjadi pengalaman-pengalaman pahit manis mereka. Tambahan pula, siapa lah aku untuk memaksa mereka melihat kemungkinan yang aku dapat lihat. Hmmm ... entahlah. Tiap kali memikirkan persoalan ini aku merasakan nafas ini amat menyesakkan. Aku buntu. Sekian lama, aku memikirkan, aku memutuskan, aku sekadar a teacher, who can open the door, whether my students want to enter or not, it is them to decide.

1 comment:

Unknown said...

10 years teaching experience, i still do not know how to motivate my students... i am not a good teacher. u care for your kids... your students babe!


Peace of Mind...