Friday, May 7, 2010

Hmmm ... dah lama aku tak menulis, bukan takde apa nak tulis...byk, tapi sama ada aku sibuk or aku malas nak duduk mengadap komputer dan menaip.

Dalam kesibukan bertugas, ada banyak peristiwa yang berlaku. Hampir kesemua peristiswa boleh dikatakan pahit untuk ditelan, tapi dalam kehidupan terpaksa jua lah telan. Pertemuan dengan sahabat lama dari sekolah menengah banyak membuat aku terfikir tentang kehidupan ini. Betapa aku yakin bahawa dalam setiap kesedihan yang datang dalam kehidupan, Allah pasti akan mengiringinya dengan sebuah kegembiraan. Cuma ia terpulang pada kita sama ada kita mahu menerima kegembiraan itu atau kita mahu terus berduka dalam kesedihan yang sememangnya tidak pernah bertepi.

Banyak benda yang dikongsi dalam pertemuan yang tak disangka dan tak dirancang tu. Pertemuan itu juga membuat aku terfikir betapa jauhnya aku kini dari kehidupan aku yang lama. Kehidupan seorang anak mama yang baik, pelajar yang menurut perintah tetapi kawan yang amat menjengkelkan. Hahahaha, tiap kali frasa terakhir itu datang pada aku, pasti aku akan tersenyum sendiri. Senyum pada kebodohan dan keangkuhan zaman remaja. Pada masa tu aku berada dalam satu untouchable comfort zone. Dulu aku tidak pernah wajar dalam berfikir. Aku tidak pernah ambil pusing dengan there’s always two sides of a coin. Aku terima apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku diberitahu. Tidak pernah ada dalam hati dan fikiran aku yang ada kemungkinan yang there’s always another version or other versions of the story.

Tapi alhamdulillah, perjalanan kehidupan yang tidak sehebat mana berbanding dengan mereka yang berdepan cabaran lagi besar banyak mengajar aku semua itu.

Aku juga belajar yang apabila seseorang anak Adam itu menerima perjanjian kehidupan dengan Allah, dia pasti melalui apa yang tertulis untuknya dengan tenang dan redha. Sedih, yes, suatu yang pasti tapi itu tidak bermakna sesuatu masalah itu tidak berpenghujung.

Tapi, antara apa-apa yang terjadi adalah apabila aku rasa amat tertipu dengan seorang tua berpangkat ibu. Pengajaran daripada peristiwa ini membuatkan aku yakin bahawa tidak semua orang yang kita rasa baik itu sebenarnya baik juga di mata orang lain. Aku tidak terniat untuk mengutuk atau apa –apa yang sewaktu dengannya, tetapi aku merasa amat tertekan dengan kejadian tersebut. Apabila ditanya soalan-soalan yang sensitif, aku berusaha menjawab dengan jujur tetapi dalam nada yang masih diplomatik, namun aku perhitungan kejujuran aku silap, kata-kata yang aku sampaikan secara jujur itu, disampaikan secara jujur juga kepada pihak yang terlibat, ibuku. Aku tidak menyalahkan dia apabila dia merasa aku sebagai anak yang tidak baik, menerangkan keadaan yang sebenarnya kepada orang luar. Tetapi yang aku hairan, kenapa orang luar ini sanggup berbuat demikian? Apa tujuannya? Tidak terfikirkah di hati tuanya bahawa perlakuannya itu akan membawa musibah dalam kehidupan aku? Aku amat bengang, tapi siapa aku nak mengajar orang yang hampir 50 tahun lebih awal melihat dunia daripada aku. Lantas, rasa hormat aku hilang, tidak perlu hormat orang sebegini.

Aku akan pegang nasihat abah, never trust stangers to tell about your immediate family!

Itu je la ... I’ll be back for more ...

3 comments:

Sarah Saadi said...

Sabar madam. thanks for the update.hehe.after have long waited.
but yes, this is such cqlled life.u taught me not to be sad too, thanks for that. and now, im even more happier! i love u, madam dalina! :)

NDlinanizal said...

tq sayang .... i love u too!

Sarah Bt Saadi said...

i love u more!! :))
i almost cry :(


Peace of Mind...